Monday, June 8, 2009

POKOK HALAU NYAMUK..

ASSALAMUALAIKUM..

hmmm.. walaupun ada kemudahan internet kat umah.. tetap kak peah tak bleh nak curik masa untuk update blog kan.. padahal kak peah kalau ada masa terluang jer.. depan pc la kak peah duduk.. tapi tetap malas nak update... kak peah sekrang cukup suka masuk chubspot.. **matilaa**

hheheh.. seperti yang kak peah janji.. kak peah nak bercerita mengenai 'pokok halau nyamuk'.. mesti korang nak tau kenapa kak peah tetiba nak cerita pasal pokok nih kan? sebab apa tau?

'SEBABNYA KALAU KITA DAH BERNIAT IKHLAS.. ALLAH PASTI TOLONG KITA'

matilaaa larik tajuk kan? heheh.. tapi memang.. sebab hati kak peah ikhlas la.. kak peah dapat kenal pokok tuh.. ceritanya mcm nih..

kak peah ada sorang kawan yang duduk kat terengganu.. dia ambik PHd pasal pkok2 nih la.. kak peah pun tak tau sangat apa kos dia ambik.. kak peah ngan dia selalu la berYM.. dan tetiba dia buzz kak peah satu hari tuh.. dia pun tanya kak peah..

'peah! ko tahu tak pokok halau nyamuk?'

tu diaa... bagi salam pun tak terus tanya pasal pokok.. ingat kak peah keja kat taman herba perlis kah? hahahah.. dan kak peah ngan kondifennya menajawab..

'ha ahh.. aku tau.. pokok tuh bau busuk kan.. kenapa weh?'

kawan kak peah nih amatlah lurus u ols.. sebenarnya kak peah langsung tak tau pokok halau nyamuk tuh mcm mana.. kak peah pakai hentam ja.. yang syoknya.. dia pun tak bagi respon apa pun.. then dia tanya lagik..

'aku nih ngah buat research pasal pokok nih.. aku kena cari sampel seluruh malaysia.. nak tgk DNA pokok tuh.. ko boleh tlg carik kan tak pokok tuh kat perlis?'

tudiaaaa.. check DNA katanya.. dah mcm CSI plak kan? sebenarnya sumpah Demi Allah kak peah nak tlg dia.. tapi kak peah tak janji la kat dia.. yer la.. kak peah sendiri pun tak tahu pokok tuh mcm mana kan.. yang kak peah kata bau busuk tuh kak peah main hentam ja.. lagi plak.. kak peah nih mana la minat sangat bercucuk tanam.. kalau kena cucuk tuh kak peah suka la.. **pitamm**

jadi kak peah pun terus balas YM dia.. kak peah cakap..

'senang je wehh.. ko datang perlis.. kita pi cari kat taman herba kat perlis tuh.. mesti ada!'

heheheh... senang kan jawapan kak peah.. tapi korang tahu ke dia cakap apa? dia kata..

'tak bleh peah.. kita tak bleh ambik kat situ sebab maybe benda tuh tak asli.. maybe diorang ambik kat mana mana pastu tanam kat situ.. aku nak yang tanam kat umah2..'

sial kan? kak peah ingat dah settle la masalah kak peah.. mana la kak peah nak carik kan? tapi kak peah tetap berjanji nak tlg la jgak... benda nih berlarut la sampai seminggu.. dan yang penting kak peah tak carik pun.. huhuhuh.. kak peah bz la.. kilang tmpt kak peah keja kurang staff.. asyik kena buat OT jer.. mana sempat nak pi buat research pasal pokok tuh kan? dan bila kak peah online je YM dan kawan kak peah pun online.. terus dia buzz kat kak peah..

'peah! ko dah carik ke pokok tuh?'

sial kan? dia ingat lagik pasal pokok tuh... akak tak tau la nak kelentong apa kat dia.. kak peah memang nak carik.. tapi tak dak masa ja.. dan kena pulak waktu tuh housemate kak peah ada kat umah.. terus kak peah tanya housemate kak peah.. dia tau tak pokok halau nyamuk.. dengan selambanya housemate kak peah kata..

'laaa.. hang tak tau ka.. pokok tuh daun dia mcm pokok ganja skit..'

tu diaaa... kak peah dah dapat informasi terbaru.. so kak peah pun buzz la kawan kak peah kat terengganu tuh.. kak peah terus propa kat dia.. kak peah kata..

'aku tak sempat la weh nak carik lagi.. tapi aku akan carik.. pokok tuh daun dia mcm pokok ganja kan'?

korang tahu tak kawan kak peah jawab apa? dia jawab..

'pokok ganja mcm mana?'

kak peah bukan sahaja nak pitam.. mcm nak tercabut nyawa kak peah.. kata buat research pasal pokok.. padahal pokok ganja pun tak tau.. terus la kak peah browse kat google cari gamba pokok ganja nak tunjuk kat kawan kak peah tuh..


hah! nih la rupa pokok ganja yer untuk pengetahuan para pembaca sekalian!


kak peah buat photo sharing la kat YM... dan dia pun bagitau la kat kak peah..

'bukan la peah... bukan mcm tuh.. jap aku hanta kat ko gamba pokok tuh'

kan~~ kalau dari dulu dia anta gamba kat kak peah.. tak der la kak peah dok sibuk menipu dia.. yang housemate kak peah pun satu.. buat kepala tau plak.. pokok tuh mcm pokok ganja.. hahha.. kak peah pi sekeh kepala dia sekali.. huh.. puas hari.. dan kawan kak peah pun terus la hanta gamba pokok halau nyamuk tuh... bila kak peah dapat jer gamba tuh.. mula mula yang kak peah buat adalah kak peah bukak spek kak peah.. kak peanh tengok dekat2 gamba pokok tuh kat skrin komputer.. pastu kak peah tak puas hati.. kak peah panggil plak housemate kak peah.. housemate kak peah pun terkejut tgk pokok tuh.. korang nak tau ke kenapa kak peah ngan housemate kak peah terkejut? sebabnya adalah...

POKOK TUH BERLAMBAK LAMBAK ADA KAT DEPAN UMAH KAK PEAH!


hahhahha... kak peah terus gelak guling2 ngan housemate kak peah.. punya la menipu cakap pokok tuh busuk la.. mcm daun ganja la.. padahal pokok tuh ada depan umah.. kak peah punya la tak tahan nih.. terus kak peah on webcam.. kawan kak peah kat terengganu tuh terkejut.. dia tanya kat kak peah..

'peah.. apasal ko invite aku tgk webcam ko? ko buat naked webcam ker?'

****hanjing kan?***

kak peah terus la maki dia sekejap dan kak peah terus suruh dia tunggu tgk webcam tuh.. kak peah terus g depan umah.. kak peah petik la pokok tuh dan tunjuk kat webcam.. kawan kak peah kat terengganu tuh pun bantai gelak.. dia tanya mana kak peah dapat pokok tuh.. kak peah pun bagitau la kata ada kat depan umah ja.. kan kak peah kata.. kalau ikhlas nak tlg orang.. Allah akan tlg kita.. gituu.. padahal sebelum nih kak peah bai alasan mcm mcm sebab tak cari lagik.. hiks.. pastu kak peah pun cakap la kat kawan kat peah tuh yang kak peah still tak percaya yang pokok tuh ada kat depan umah ja.. nasib baik kak peah tak gih carik kat tmpt lain.. dan kak peah dok ulang ayat tuh ja.. ayat yang kak peah mcm tak percaya pokok tuh ada depan umah.. korang nak tau kawan kak peah cakap apa? dia cakap..

'alahh peah.. tak payah la pura pura.. aku tau hang tuh sbenarnya bukan nak carik pun.. nih pun rezeki ada kat dpn umah hang..'

mulut kawan kak peah nih longkan kan? kita punya nak tlg dia.. dia servis kita balik.. hanjing sangat! huhuhu.. tapi kak peah pasrah je la sebab memang kak peah tak carik lagik.. tapi dengan kehendakNya.. pokok tuh sebenarnya ada depan mata.. korang nak tgk tak pokok tuh mcm mana.. akak ada la snap gamba pokok tuh.. tapi akak guna camera dekat handphone akak je.. maybe tak jelas.. tapi boleh la korang tgk..

nih la pokok halau nyamuk yang ada kat depan umah kak peah.. abaikan pokok2 lain yer.. memang tak subur pun.. hiks..


nih plak pokok halau nyamuk yang ditanam sekeliling umah kak peah.. akak tak tau sapa yang tanam.. maybe orang yang duduk umah akak sebelum nih kot.. huhuhuh


nih plak gamba pokok tuh kat depan umah jiran akak.. punya la besar pokok nih.. subur sungguh.. confirm nyamuk tak masuk nih! hahahahha


akhirnya... kak peah jumpa jugak kan pokok tuh.. dan kak peah gembira sangat dapat tlg kawan kak peah.. dia pun janji nak bagi kat kak peah duit untuk pos sampel pokok tuh.. tapi sebelum kami habis berYM hari tuh.. dia cakap kat kak peah..

'peah.. ko kat padang besar kan? hmm.. kiranya pokok tuh untuk kawasan padan besar.. bleh tak ko carik untuk kawasan arau dan kangar? sebenarnya aku buat research pasal pokok tuh di setiap daerah2 yang ada kat malaysia nih.. boleh tak? pliss...'

***AKAK PITAM DAN PENGSAN SELAMA SEHARI SUNTUK DAN TERUS TAK GIH KEJA LANTAS MENGAMBIL CRK! (CUTI REHAT KECEMASAN)**

4 comments:

DaZzlingLilLy said...

harus ku tanam jugak pokok nih..kan la ni bnyk nyamuk..nanti blh pi ambik kt umah hg

kak chik peah said...

lily..
nanti aku bawak balik kat hang..
pokok nih amat mudah tumbuh..
dan yang pasti
pokok nih tak berbau busuk pun!
huwahahahah

Bibi Intan Suraya said...

tak penah tau la plk pokok tu nama camtu...huhuhu

kak chik peah said...

bb..
nanti aku tanya nama siantifik dia.. anyway... bila ang nak tukaq nama aku kat blog hang? huhuhuh